Hi rakan-pemandu, anda dinasihatkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menghantar permohonan pengisytiharan kenderaan e-hailing anda pada bila-bila masa sahaja di kaunter JPJ yang berdekatan sebelum meneruskan pembaharuan cukai jalan.
Proses ini melibatkan pengisytiharan kenderaan persendirian (AB/AD) kepada kenderaan persendirian e-hailing (AH). Pengisytiharan ini adalah perlu bagi setiap rakan-pemandu Grab seperti yang telah ditetapkan oleh JPJ bagi mengelakkan sebarang kegagalan dalam pembaharuan cukai jalan pada masa yang akan datang.
Sila rujuk di bawah untuk ketahui lanjut syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan semasa berurusan di kaunter JPJ.
Proses ini adalah percuma dan perlu untuk rakan-pemandu yang berdaftar di Semenanjung Malaysia sahaja.
